Páginas

Tuesday, 25 August 2015

Agihan Bantuan Persediaan ke IPT Peringkat Ijazah Bermula Esok

AUTHOR: NORAINI JUSOH 23 AUGUST 2015

Yayasan Terengganu akan mengagihkan bantuan persediaan ke Institut Pengajian Tinggi (IPT) peringkat Ijazah Sesi 2015/2016 bermula 24 hingga 27 Ogos ini.


Penolong Pengarah Kanan (Tajaan Pendidikan), Rohani Mat Amin berkata, setiap pelajar yang layak akan menerima bantuan itu bertempat di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing.

“Sejumlah RM3.5 juta diperuntukkan untuk diagihkan kepada 3,537 orang pelajar bagi tempoh empat hari itu,” ujarnya ketika dihubungi teganukita.my, hari ini.

Menurut Rohani, pada 24 Ogos melibatkan agihan kepada pelajar di DUN Kota Putera, Ajil, Kuala Besut dan Hulu Besut.

“Sementara, pada 25 Ogos pelajar di DUN (Tepoh, Paka, Rantau Abang, Sura, Bukit Besi, Telemong) dan Parlimen Marang akan menerima bantuan sebanyak RM1,000 seorang itu,” ujarnya.

Katanya, bagi Parlimen Kuala Terengganu, DUN (Teluk Pasu, Manir, Bukit Tunggal, Seberang Takir dan Kuala Berang) akan menerimanya pada 26 Ogos ini.

“Manakala, agihan untuk pelajar di Parlimen Kemaman serta DUN (Jabi, Jertih, Permaisuri, Batu Rakit dan Langkap) akan dibuat pada 27 Ogos,” katanya.

Rohani berkata, berikutan masih terdapat pelajar yang lewat menyerahkan kembali borang bantuan persediaan bersama maklumat dikehendaki kepada pihak Yayasan Terengganu, kemungkinan satu majlis lain akan dibuat untuk mengagihkan bantuan berkenaan kepada mereka.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment