Lokasi yang terlibat dengan tanaman itu, termasuk Kampung (Kg) Nibong, Kg Getang, Kg Buluh, Kg Binjai Kertas, Kg Padang Tara, Kg Mesah, Kg Tapu di Hulu Terengganu.
Manakala bagi Setiu pula, melibatkan Kg Rhu Tapai dan Telaga Papan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komoditi Negeri, Nawi Mohamad berkata seramai 88 petani terlibat dengan projek tanaman yang mampu memperoleh pendapatan bulanan antara RM1,000 sehingga RM1,500 seorang.
Katanya, tanaman yang terbukti boleh menyembuhkan batuk, selain berkhasiat untuk antipenuaan (awek muda) itu akan diperluaskan ke beberapa lokasi lain.
“Kita harap mampu memperluaskan tanaman itu sehingga ke 100 hektar pada tahun depan berbanding kini hanya 35.3 hektar.
“Pendekatan itu dapat membantu lebih ramai penduduk, mungkin melibatkan 200 peserta pada tahun depan dengan pendapatan hingga mencecah RM2,000 sebulan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perasmian Hari Ladang Tanaman Rosel di Kampung Pasir Nering, Hulu Terenganu, hari ini.
Hadir sama, Adun Telemong, Dato’ Rozi Mamat, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Terengganu, Mohd Nasir Warris dan Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Hasan Said.
Nawi memberitahu, penubuhan kilang pemprosesan produk rosel di Kg Tiruk, Serada, turut membantu mengembangkan insdustri rosel ke serata tempat termasuk pasaran antarabangsa.
Antara produk rosel yang dihasilkan dan mendapat sambutan menggalakkan, jus minuman, aiskrim, halwa, jeli, jeruk, pewarna makanan, ubat-ubatan dan komestik.
Teganukita/MediaJertih
No comments:
Post a Comment