Páginas

Monday 3 August 2015

YB Raja Bahrin lawan Hadi-kemungkinan dipecat; YB Dr Syed Azman pula bersama Raja Bahrin adakan Rumah Terbuka Aidilfitri

AUTHOR: RUSLAN ABDUL RAHMAN 2 AUGUST 2015


Gerakan Harapan Baru (GHB)  serpihan Pas makin kuat di Terengganu berikutan tindakan berani Ahli Parlimen (Pas) Kuala Terengganu, YBM Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah (gambar) menyertai dan mempelopori penubuhan GHB pimpinan bekas Timbalan Presiden Pas, Mohd Sabu jelas membuktikan bahawa beliau tidak menghiraukan amaran Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang yang juga Ahli Parlimen Marang.


Malah pengumuman perlantikan beliau sebagai Pengerusi GHB Terengganu dalam perhimpunan GHB di Besut dua hari lalu yang turut dihadiri sama oleh beliau jelas membuktikan bahawa Dato’ Raja Baharin seorang yang berani menghadapi tindakan Pas.

Pelancaran GHB Terengganu diumumkan akan diadakan di Kuala Terengganu pada  21 Ogos depan di suatu tempat yang akan ditetapkan.

Ini jelas membuktikan bahawa Pas, termasuk di Terengganu sedang dilanda perpecahan yang semakin mendebarkan para pimpinan Pas, terutamanya Dato’ Seri Abdul Hadi Awang dan para penyokong kuatnya.

Pas Terengganu dijangka menghadapi dilema dan perpecahan bilamana ada di kalangan Ahli YB mereka menyertai GHB tanpa menghiraukan Pas lagi.

Justeru itu Presiden PAS Dato’ Seri Abdul Hadi beberapa hari lalu telah  mengingatkan ahli parti, terutama golongan pemimpin, supaya mengelak menyertai kegiatan dianjurkan oleh Gerakan Harapan Baru (GHB), tetapi nampaknya Dato’ Raja Bahrin berkeras dan tidak menghiraukan amaran Presiden itu.

Dalam kenyataan keras, Hadi berkata, tindakan keras akan diambil terhadap mereka yang melanggar arahan parti supaya mengelakkan diri daripada kegiatan GHB, terutama bagi ahli Parlimen dan ADUN PAS.

“Sesiapa ahli kita terbabit akan hanya mendatangkan keburukan kepada parti,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Ihtifal Maahad Tahfiz Wal Tarbiyyah Darul Iman beberapa hari lalu.

“Hukuman dikeluarkan akan bergantung kepada tindakan dan tingkah laku mereka. Kami akan mengeluarkan dulu surat tunjuk sebab terhadap mereka dan jika didapati bersalah boleh digantung keahlian ataupun terus disingkir daripada parti,” tambahnya.

Yang menjadi tanda tanya adalah YB Dr Syed Azman (Adun Batu Buruk-Pas) mengadakan rumah terbuka bersama dengan Dato’ Raja Bahrin pada hari ini, 2 Ogos 2015 bersamaan 17 Syawal.

Apakah Syed Azman juga akan bersama Raja Bahrin dalam GHB?

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment