Páginas

Wednesday 12 August 2015

EPIC Meterai Dua Perjanjian

AUTHOR: AIDA ABD RAHMAN 12 AUGUST 2015 \


Konsortium Pelabuhan Kemaman Sdn. Bhd. (KPK) dan Sukma Samudra Sdn. Bhd. (SSSB) yang merupakan anak syarikat Eastern Pacific Industrial Corporation (EPIC) Berhad menandatangani  perjanjian dengan Kemaman Bitumen Company Sdn. Bhd. (KBC) bagi menyediakan perkhidmatan serta fasiliti ke pelabuhan.

Menurut kenyataan EPIC Berhad, KBC merupakan satu daripada pengeluar bahan bitumen terkemuka di Malaysia yang mengendalikan sebuah loji penapisan dengan keluasan 40.46 hektar.

Katanya, KBC turut mengendalikan enam buah tangki minyak mentah diikuti 17 tangki pelbagai jenis hasil penapisan, sebahagian besarnya adalah bitumen.


“Bitumen yang dihasilkan KBC dipasarkan di rantau Asia seperti Kemboja, Australia, Indonesia, Thailand dan negara ini. “Dengan termeterai kedua perjanjian ini, maka jumlah perjanjian yang ditandatangani berjumlah sebanyak 14 kesemuaya pada tahun ini membabitkan nilai berjumlah RM 1 bilion,” kata kenyataan itu di sini semalam.

Majlis memeterai perjanjian antara KPK dan SSSB dengan KBCa disaksikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Hadir sama, Pengerusi Syarikat Kumpulan EPIC, Datuk Tengku Muhamad Tengku Mahamut; Pengarah Urusan Kumpulan EPIC Berhad, Noor Fadzil Mohamed Nor; Pengerusi Kemaman Supply Base Sdn. Bhd (KSB), Datuk Tengku Putera Tengku Awang serta Ketua Pegawai Operasi, Kumpulan EPIC Berhad, Wan Shukri Mohamad.

Menurut EPIC Berhad, KPK merupakan pengendali dermaga timur dan jeti bahan kimia sementara SSSB mengendalikan dermaga barat. Katanya, sebagai sebuah syarikat pembekal perkhidmatan terkemuka, perhatian EPIC tertumpu kepada industri minyak dan gas dengan berkhidmat kepada 250 syarikat sokongan yang beroperasi di Teluk Kalong.

“Pelabuhan Kemaman yang terletak di Pantai Timur Semenanjung merupakan satu daripada dermaga berlaut-dalam yang kini membangun dengan pesat dan adalah pintu masuk ke rantau Asia Pasifik sekaligus mampu menerima kapal seberat 150,000 tan metrik,” katanya.

Selain KPK dan SSSB, EPIC yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri memiliki empat lagi anak syarikat iaitu Pangkalan Bekalan Kemaman (KSB), EPIC Mushtari Engineering Sdn. Bhd., Tubex Sdn. Bhd., Eastern Pacific Properties Sdn. Bhd.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment