Qari dari Marang, Zainal Adam menjadi peserta pertama yang memperdengarkan bacaan, diikuti Rogayah Mohamad (Qariah Kuala Terengganu), Abdul Alim Zakaria (Qari Kuala Nerus), dan Nur Afifah Zaki (Qariah Marang).
Majlis kali ke-59 yang bertemakan Perpaduan Nadi Transformasi Negara itu dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman.
Turut hadir, Yang Dipertua DUN, Dato’ Mohd Zubir Embong; Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas, Ghazali Taib dan Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu, Dato’ Omar Musa.
Ahmad Razif berkata, melalui program tilawah yang dijalankan tersebut diharapkan dapat melahirkan bakat-bakat baru dalam bidang itu.
Tambahnya, sudah menjadi hasrat kerajaan negeri memastikan rakyat Terengganu mengulangi sejarah lalu menempa nama ke peringkat tertinggi dalam pertandingan tilawah.
“Sebelum ini Terengganu telah pun melahirkan qari serta qariah ke peringkat antarabangsa.
“Jadi, kerajaan negeri sekarang amat berhasrat supaya mereka dapat mengulangi kegemilangan yang pernah tercipta sebelum ini dapat diteruskan,” katanya ditemui selepas merasmikan majlis tersebut.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment