Páginas

Tuesday 1 March 2016

Pelbagaikan Sumber Makanan Berkualiti Dengan Harga Rendah

By Mastura Jamaldin -  28 Februari 2016


Semua agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani disaran untuk menjalankan kajian bagi mewujudkan kepelbagaian sumber makanan berkualiti dengan harga yang rendah.


Menterinya, Dato’ Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, saranan itu diharap dapat membantu melonjakkan prestasi dalam perternakan secara fidlot dan melonjakkan prestasi pengeluaran daging.

“Ini merupakan satu potensi yang besar untuk mengukuhkan keupayaan dalam menghasilkan daging keperluan negara dan saya harap keseluruhan kawasan Hulu Terengganu akan dilihat satu ekosistem yang lengkap dalam bidang penternakan khususnya.

“Harapan saya Pusat Ternakan Haiwan Tersat ini akan menjadi pusat melahirkan usahawan ternakan yang berjaya malah pusat ini akan di bangunkan sebagai satu pusat kecemerlangan untuk usahawan,” kata Ahmad Shabery.

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa sidang media sempena lawatan beliau ke Pusat Ternakan Haiwan(PTH) Tersat, Padang Ipoh di Kuala Berang, hari ini.

Projek Ladang Satelit Nasional di PTH Tersat melibatkan keluasan seluas 45 hektar dengan kos pembangunan projek sebanyak RM13.86 juta  dengan jumlah ternakan 2,734 ekor lembu bermula dari tahun 2013 hingga 2016.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian,Industri Asas Tani, Perusahaan, Perladangan dan Komuditi Negeri, Nawi Mohamad serta Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri merangkap ADUN Kuala Berang, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment