Páginas

Monday, 7 March 2016

Wanita Berperanan Bentuk Masyarakat Cemerlang

By Noraini Jusoh -  6 Mac 2016


Tidak dapat dinafikan, peranan seorang wanita dalam membentuk masyarakat cemerlang begitu besar sekali, kata isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria.


Katanya, jasa dan pengorbanan wanita sentiasa diiktiraf sehingga diberi peluang sama rata dengan golongan lelaki dalam pelbagai bidang antaranya pendidikan, ekonomi dan sosial.

“Kerajaan meletakkan sasaran 30 peratus wanita sebagai pembuat keputusan di sektor awam dan koporat di negara ini.

“Malah, isu-isu pemerkasaan wanita semakin mendapat perhatian serius semua pihak berkepentingan termasuk kerajaan, swasta, pertubuhan bukan kerajaan mahupun anggota masyarakat,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Pelancaran Konvesyen Cinta Keamanan di Perpustakaan Awam Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir,  Presiden Global Women Peace Network (GWPN), Senator Datuk Seri Doris Sophia Brodie dan Penasihat Antarabangsa GWPN, Dr. Yoo Chong Young.

Menurut Halina, sebagai aset terpenting negara, wanita merupakan sebahagian besar penyumbang kepada pembangunan negara.


Sementara itu mengulas mengenai konvesnyen yang diadakan, beliau berkata bukan mudah untuk melahirkan suasana aman di setiap sanubari individu tetapi ilmu adalah jawapannya.

“Justeru, saya berharap setiap peserta terus mengamalkan budaya cinta dan damai agar hasrat kita untuk mewujudkan dunia aman dan saling mencintai menjadi kenyataan,’ ujarnya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment