Terengganu menerima 641 saudara baru dalam tempoh lima tahun, 2010 hingga 2015.
****
Bermula 2010, seramai 124 orang memeluk Islam, diikuti 125 orang (2011), 81 orang (2012), 138 orang (2013), 87 orang (2014) dan 86 orang pula pada 2015.Dalam jawapan bertulis Persidangan DUN Terengganu baru-baru ini memberitahu, kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) merangka pelbagai program pemantapan Iman agar golongan mualaf itu terus kekal dengan status beragama Islam.
Antaranya termasuklah, mengadakan kelas bimbingan saudara kita di setiap daerah, di samping program bermanfaat bagi membolehkan mereka mendekatkan diri dengan Islam supaya mereka tidak terasa dipinggirkan.
“Di samping itu, program-program turut diadakan setiap tahun adalah kursus jati diri muslim Saudara Kita, Kem Ibadah Perdana Saudara Kita dan juga seminar atau konvensyen.
“Selain itu, MAIDAM turut mengadakan ceramah untuk Saudara Kita, majlis tilawah, hafazan tilawah, azan dan kuiz saudara kita serta lawatan sambil belajar dan lain-lain lagi,” katanya.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment