Páginas

Monday 14 March 2016

Terengganu Rangkul Juara Keseluruhan Judo Kebangsaan

By Fauzi Mohd -  14 Mac 2016 \


Terengganu berjaya merangkul gelaran juara keseluruhan Kejohanan Judo Kebangsaan kali ke-54 mengatasi lapan pasukan dengan membawa pulang lapan emas, empat perak dan 11 gangsa.


Kejohanan yang berlangsung di Dewan Majlis Sukan Negeri, Kuala Nerus melibatkan lapan kategori acara yang dipertandingkan.

Lebih membanggakan, dua atlet Terengganu, Mohd Farhan Uzair Mohd Fikri dan Nik Norlydiawati Nik Azman dinobatkan sebagai atlet terbaik masing-masing bagi kategori lelaki dan wanita.

Presiden Persatuan Judo Terengganu, Ahmad Ramzi Abdul Rahman berkata, kejayaan tersebut merupakan penanda terbaik bagi pasukan tersebut untuk mencipta kejayaan di Sukan Malaysia (SUKMA) pada masa akan datang.

“Walaupun tahun ini, judo tak dipertandingkan pada SUKMA di Sarawak, kita telah mulakan persediaan awal untuk SUKMA di Perak pada 2018.

“Kita harap sukan ini akan dipertandingkan pada SUKMA Perak,” katanya selepas majlis penutup kejohanan itu, semalam.

Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu, Ibni Amir Busu.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment