Páginas

Sunday, 13 March 2016

Sidang DUN : YPK Beri Pinjaman Berjumlah RM56 Juta Sejak 1999

By Noraini Jusoh -  9 Mac 2016


Sejak diperkenalkan pada 1999 sehingga kini, kerajaan negeri menerusi Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK) telah memberi pinjaman berjumlah RM56 juta kepada 17,156 peserta program Jaya Diri seluruh negeri ini.


Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Dato’ Muhammad Pehimi Yusof berkata, program dibawah kelolaan YPK itu bertujuan meningkatkan ekonomi keluarga khususnya golongan miskin.

“Program Jaya Diri ada tiga bentuk iaitu memberi motivasi kepada peserta berminat, program berbentuk latihan dan kemudahan pinjaman dengan mengutamakan golongan wanita termasuk ibu tunggal,” ujarnya ketika menjawab soalan yang dikemukakan Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman (BN-Kuala Besut) pada persidangan Dun, hari ini.

Katanya, walaupun sumber pendapatan negeri berkurang, program ini akan tetap diteruskan.

“Pinjaman dengan jumlah maksimum RM20,000 yang dibuka kepada peserta Program Jaya Diri tertakluk kepada bentuk perniagaan, jumlah yang dipohon dan penilaian oleh pihak jawatankuasa,” ujarnya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment