Páginas

Wednesday 23 March 2016

YPKT Anjur Forum Perdana “Transformasi Keluarga: Keluarga Bahagia 1 Anugerah”

By Noraini Jusoh -  23 Mac 2016

Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) akan menganjurkan program Forum Perdana selama tiga hari berturut-turut mulai 28 Mac ini.
*****
Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat (Inovasi) YPKT, Mohd Muzamri Mohd Yusoff berkata, tiga ahli panel diundang bagi membincangkan tajuk “Transformasi Keluarga: Keluarga Bahagia 1 Anugerah” di lima lokasi berbeza.


“Ahli-ahli panel yang akan mengupas isu berkenaan ialah Tuan Haji Abd Ghafar Mamat dari YPKT sendiri selaku moderator, Dato’ Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood dan Ustaz Wan Akashah Wan Abd. Hamid,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, slot pertama diadakan di Masjid Kampung Tasek, Alor Limbat pada 28 Mac pukul 8.45 malam.

“Hari berikutnya (29 Mac) program Forum Perdana “Transformasi Keluarga: Keluarga Bahagia 1 Anugerah” akan berlangsung di Pusat Islam Universiti Malaysia Terengganu pada pukul 2.45 petang dan sebelah malamnya (pukul 8.45) pula akan diadakan di Dewan Flat Projek Perumahan Rakyat, Padang Hiliran,” ujarnya.

Menurut beliau, forum perdana tersebut diteruskan pada hari ketiga (30 Mac) di Dewan Sivik Ajil pada pukul 2.30 petang.

“Sementara, pada sebelah malam (pukul 8.45) dengan kerjasama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) majlis ilmu tersebut diadakan di Dewan Besar, Wisma Darul Iman dimana wakil dari PDRM akan menjadi moderator,” ujarnya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment