Páginas

Thursday, 10 March 2016

Terserah Kepada MT UMNO Tentukan Kedudukan Ahmad Said – Razif

By Suriati Ali -  9 Mac 2016

“Terserah kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO sama ada mahu mengambil  tindakan terhadap ADUN Kijal atau sebalikya.
*****
“Sekiranya MT mahu mendapatkan laporan, kita bersedia bila-bila masa untuk berbuat demikian,” kata Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.


Beliau berkata demikian hari ini ketika diminta mengulas mengenai tindakan ADUN Kijal, Dato’ Seri Ahmad Said yang mengemukakan usul undi tidak percaya kepada Menteri Besar pada Persidangan Dewan Undangan Negeri, semalam.

Sementara itu di peringkat negeri katanya, beliau tidak akan mengambil sebarang tindakan dan tidak akan ada sebarang perjumpaan dengan ADUN Kijal.

“Bukan tugas saya untuk membuat laporan kepada Presiden UMNO walaupun ramai pihak menganggapnya perlu,” katanya.

Ahmad Razif  memberitahu, beliau percaya semua barisan Exco Kerajaan Negeri dan wakil rakyat Barisan Nasional setia bersamanya.

Katanya, mereka tanpa disuruh telah menandatangani surat penjanjian dan berikrar sebagai sokongan untuk terus bersama-samanya membela nasib rakyat.

Sebagai Menteri Besar, belau yakin mampu melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan rakyat walaupun dalam keadaan ekonomi yang agak kritikal.

“Apa yang penting perlu ada solidariti termasuk bersama pihak pembangkang. Kepetingan kita sekarang ini adalah rakyat, memikirkan bagaimana kaedah  meningkatkan pendapatan rakyat dengan keadaan ekonomi sekarang.

“Saya sebagai Menteri Besar perlu memikul tanggungjawab itu dan perlu berkerja sehingga titisan terakhir untuk mahu memastikan rakyat terus terbela,” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment