Páginas

Thursday, 10 March 2016

Platform Ketengah, Komersial Makanan Tradisi Terengganu

By Noraini Jusoh -  10 Mac 2016

Kerajaan negeri melalui Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) julung kali menganjurkan Pertandingan Makanan Sedap Tradisional Negeri Terengganu yang berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu, hari ini.
*****
Ketua Pegawai Eksekutif  YPU, Marzuki Endut berkata, usaha itu merupakan inisiatif YPU untuk memperkenalkan warisan produk kebanggaan negeri iaitu makanan tradisional Terengganu kepada semua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda.


“Selain memperkenalkan makanan tradisi, kita juga berhasrat untuk menjadikannya sebagai platform mempromosi produk makanan negeri ini yang boleh ditonjolkan dalam pasaran tempatan dan antarabangsa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Makanan Sedap Tradisional Terengganu yang disempurnakan isteri Menteri Besar, To’ Puan Seri Halina Zakaria.

Marzuki berkata, pertandingan itu juga bertujuan mengenengahkan kembali produk makanan Terengganu yang menjadi kurang popular dan hampir pupus dan mengenalpasti pengusaha-pengusaha makanan tradisional Terengganu yang masih aktif dalam penghasilan produk berkenaan.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment