Páginas

Tuesday 1 March 2016

‘Badan Anjing Wajah TPM’ : Pemuda UMNO Terengganu Buat Laporan Polis

By Mohd Syazni Zainudin -  25 Februari 2016

Johari menunjukkan salinan laporan polis yang telah dibuat berhubung kes menghina pemimpin di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.
*****
Satu laporan polis telah dibuat oleh Pemuda UMNO Negeri Terengganu berhubung gambar yang diedit bagi menghina Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.


Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar berkata, laporan dibuat agar pihak polis membuka siasatan terhadap Doris Jones yang telah memuat naik gambar itu di laman sosial miliknya.

Beliau berkata, laporan itu bagi memberi pengajaran kepada Doris supaya tidak melakukan penghinaan kepada pemimpin negara.

“Dengan laporan ini, diharapkan agar pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan lebih tegas kepada Doris Jones kerana kita tidak mahu perkara ini berulang.

“Sekarang ini kita tengok mereka boleh buat sesuka hati di laman sosial termasuk menghina pemimpin merosakkan akhlak masyarakat,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas melakukan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, hari ini.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment