Páginas

Sunday 6 March 2016

Kerja Naik Taraf Hentian Bas MBKT Dibatalkan

By Aida Abd Rahman -  3 Mac 2016


Kerajaan negeri membuat keputusan untuk membatalkan projek menaik taraf Hentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) selepas mengambil kira kepentingan peniaga yang sudah lebih 20 tahun mencari rezeki di pusat perniagaan itu.


Menteri Besar, Dato’  Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerja mengubah suai terminal hentian bas yang beroperasi di persimpangan Jalan Masjid Abidin dan Jalan Syed Hussin berkenaan tidak diteruskan hasil toleransi dan meneliti pandangan semua pihak.

“Kerajan negeri  mengambil keputusan membatalkan terus cadangan bagi menaik taraf Hentian Bas MBKT dan mungkin kita akan ambil inisiatif dengan mencari tempat lain untuk membina stesen bas yang baharu pada masa akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Majlis Pengakuan Menerima Jawatan Datuk Bandar, Yang Dipertua dan Ahli-ahli Majlis bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Kerajaan negeri sebelum ini telah meluluskan peruntukan sebanyak RM14juta bagi menaik taraf Hentian Bas MBKT dan kerja-kerja pengubahsuaian kemudahan orang ramai itu dijangka akan dilaksanakan awal tahun ini.

Difahamkan, peniaga di kawasan terbabit membantah arahan supaya mengosongkan premis perniagaan mereka bagi kerja-kerja menaik taraf  berkenaan.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment