Páginas

Wednesday, 2 September 2015

UMNO Setiu Berikrar Teguh Bersama Najib

AUTHOR: FAUZI MOHD 29 AUGUST 2015


UMNO Bahagian Setiu berikrar akan terus teguh mempertahankan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan bersama-sama beliau dalam menghadapi pelbagai konflik serta fitnah.


Sokongan itu turut diberikan kepada Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Ketuanya, Dato’ Mohd Jidin Shafee berkata, Najib menjadi Presiden UMNO kerana dipilih oleh anggota parti, sehubungan itu semua ahli parti perlu setia bersamanya tidak kira apa jua cabaran mendatang.

“Setiu berdiri teguh bersama Perdana Menteri dan juga Menteri Besar.

“Di Setiu kita padu, siapa yang jadi pemimpin, itu yang kita taat. Formula itu antara faktor kita menang 5-0 pada Pilihan Raya Umum ke-13,” katanya yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Setiu yang disempurnakan oleh Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu di Sungai Tarom, Permaisuri, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Jidin berkata, semua jentera parti termasuk sayap Wanita, Pemuda dan Puteri perlu bersatu hati memperkukuhkan UMNO dan mulakan gerak kerja untuk menawan hati rakyat.

“Perkara ini telah lama diperkatakan. Buat kerja untuk memenangi hati rakyat di semua peringkat dan dengan demikian, kerja pada pilihan raya nanti akan menjadi lebih mudah,” katanya.

Teganukita/MediaJertih

No comments:

Post a Comment