Mereka yang sebelum ini tidak mempunyai rumah kediaman dan terpaksa tinggal bersama keluarga dan ada yang menyewa sejak berpuluh tahun menyifatkan mereka bertuah kerana dipilih pihak terbabit untuk menerima rumah berkenaan.
Satu majlis penyerahan anak kunci rumah kepada peserta yang terpilih disempurnakan oleh ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa.
Projek kediaman berkelompok untuk golongan miskin itu adalah yang pertama di laksanakan di DUN Kota Putera dan memberi peluang kepada mereka yang tidak mempunyai rumah kediaman tinggal di situ.
Rumah tiga bilik dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas termasuk bekalan elektrik, air dan jalan raya.
Mohd Mahdi berkata, projek pembinaan rumah PPRT itu dan kini dikenali dengan Taman Ehsan berlainan dengan tempat lain kerana setiap peserta dikehendaki menyertai projek pertanian bersepadu dengan menanam lada sebagai sumber pendapatan sampingan.
Katanya, menerusi program itu peserta akan disediakan dengan dua fetergasi yang disediakan oleh Jabatan Pertanian.
“Semua peserta yang tinggal di rumah berkenaan diwajibkan menyertai projek pertanian terutama lada dan mereka akan di pantau oleh kakitangan Jabatan Pertanian,” katanya.
Mohd Mahdi berkata, selain 10 rumah yang sudah dibina, pada tahun ini 30 rumah lagi akan dibina di kawasan sama untuk diagihkan kepada golongan miskin yang tidak mempunyai rumah kediaman sendiri.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment