Páginas

Wednesday 13 January 2016

43 Kejayaan Terengganu Tahun 2015

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 12 JANUARY 2016


Di sebalik pelbagai rintangan yang berlaku, banyak cerita kejayaan yang telah ditempa sepanjang tahun 2015.

Sekecil mana sekalipun kejayaan kita, ianya tetap perlu diraikan kerana kejayaan yang kecil adalah permulaan untuk kejayaan-kejayaan lain yang lebih besar.

Berikut adalah 43 kejayaan yang telah disenaraikan sepanjang tahun 2015;


PERTAMA: Tiga pelajar Sekolah Menengah Imtiaz Besut telah berjaya memenangi pingat emas dalam Pertandingan Inovasi dan Reka Cipta peringkat Antarabangsa di Kaohsiung, Taiwan pada 21 Disember lepas. SM Imtiaz menewaskan 122 sekolah lain dari seluruh dunia dengan hasil ciptaan bertajuk ‘Valve Release Pump’ pada pertandingan inovasi tersebut. Dengan kos sebanyak hanya RM75 dan proses menyiapkan projek mengambil masa tidak lebih daripada sebulan, anak-anak ini masih mampu menempa kejayaan di peringkat dunia.

KEDUA: Pencapaian seorang anak jati Terengganu, Dr Mohd Firdaus Samsudin Mustapha yang telah berjaya menamatkan Pengajian Doktor Falsafah dalam jurusan Biokimia di University Oxford, membuatkan kita seluruh rakyat Terengganu berbangga di atas kejayaan beliau.

KETIGA: Musalman Kamal, Penyelia di Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC) dan anak jati Dungun telah mewakili negara ke Pertandingan Kemahiran Peringkat Dunia, Worldskills Sao Paulo, di Brazil. Sebelum ke Sao Paulo, beliau telah mewakili Malaysia di Pertandingan ASEAN Skills di Hanoi dan memenangi pingat perak.

KEEMPAT: 1,180 bot nelayan telah berarak dari Kuala Dungun ke Kemaman dengan mengibarkan Jalur Gemilang. Mereka ini telah mencipta satu rekod dunia. Perarakan ini telah dicatatkan sebagai Perarakan Bot Terbesar Dunia dalam Guinness World Records.

KELIMA: Penganjuran PESONA Terengganu di Dataran Merdeka dengan kedatangan pengunjung lebih 100,000 orang. Ianya sebahagian daripada persiapan Tahun Melawat Terengganu. Kita persembahkan Terengganu ke persada luar dan tidak lagi menunggu yang di luar datang ke Terengganu.

KEENAM: Naik taraf Institut Al Quran Negeri Terengganu kepada Kolej Al-Quran Terengganu (KQT) dengan misi untuk menjadi Universiti Al Quran pertama di dunia.

KETUJUH: Pengwujudan Madrasah Moden oleh MAIDAM

KELAPAN: Program Saintis Islam, melahirkan saintis Islam bertaraf dunia.

KESEMBILAN: Terengganu Juara UPSR buat kali ke-15 dengan menjuarai tiga kategori sekaligus, iaitu peratus tertinggi mendapat 5A, Gred Purata Negeri (GPN) terendah dan peratus tertinggi lulus semua mata pelajaran.

KESEPULUH: Pengisytiharan Daerah Kuala Nerus sebagai Daerah baharu dan Bandar Al-Wathiqu Billah, Kuala Nerus sebagai bandar baharu dengan konsep Waqaf.

KESEBELAS: Pembinaan Jambatan Angkat atau Drawbridge yang dijangka siap pada Mac 2017. Jambatan angkat yang pertama di Asia Tenggara.

KEDUA BELAS: Ikrar Integriti Korporat (CIP) dengan lima organisasi telah menandatanganinya iaitu Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH), Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) dan yang terbaharu, Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. (TISB).

KETIGA BELAS: Pengiktirafan Gold Standard oleh Kerajaan Persekutuan bagi pengurusan banjir di Daerah Kemaman.

KEEMPAT BELAS: Perjanjian membekalkan air terawat kepada Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB). Inilah satu contoh pelaksanaan transformasi politik.

KELIMA BELAS : Penarafan bintang atau Star Rating (SSR) semua J3K di seluruh Negeri Terengganu, bertujuan meningkatkan prestasi dan perkhidmatan J3K. Negeri pertama di Malaysia

KEENAM BELAS : Penubuhan Majlis Ekonomi Negeri Terengganu (MEN-T) dan Unit Transformasi Ekonomi Negeri (U-TENT) dengan 18 Entry Point Projects (EPP) dan 71 projek yang bakal dilaksanakan dari tahun 2016 hingga 2020. Dijangka bakal mewujudkan lebih 40,000 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020. Yang pertama di Malaysia. Satu Transformasi Ekonomi

KETUJUH BELAS : Pembukaan Fasiliti Bersepadu Bio-metionina dan Tiokimia milik CJ Cheil Jedang (CJ) dari Korea dan Arkema dari Perancis di Taman Biopolimer Kertih, Kemaman. Fasilisiti Bersepadu yang pertama di dunia. Bernilai RM 2.1 bilion di kawasan seluas 70 hektar.

KELAPAN BELAS : Penubuhan Unit TTB yang akan menggalakkan semangat sukarelawan terutamanya di kalangan golongan belia di Negeri Terengganu.

KESEMBILAN BELAS : Usaha baikpulih Stadium Sultan Mizan selesai.

KEDUA PULUH : Bacaan ayat-ayat suci Al-Quran di majlis-majlis rasmi Kerajaan. Satu Transformasi Kerajaan.

KEDUA PULUH SATU : Premis perniagaan ditutup selama dua jam pada Hari Jumaat

KEDUA PULUH DUA : Juara Berganda Hoki Liga Malaysia selama dua tahun berturut – turut.

KEDUA PULUH TIGA : Pembinaan Hospital Pengajar UniSZA.

KEDUA PULUH EMPAT : Penubuhan tiga buah Sekolah Menengah IMTIAZ baharu bagi melahirkan Generasi Ulul Al Bab.

KEDUA PULUH LIMA : Pengenalan KT Walk.

KEDUA PULUH ENAM : Naik taraf Pasar Besar Kedai Payang.

KEDUA PULUH TUJUH : Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) siap.

KEDUA PULUH LAPAN: Program Jom Nanam, satu transformasi ekonomi dalam sektor pertanian.

KEDUA PULUH SEMBILAN : Penjenamaan semula nasi dagang melalui T-Dagang dan keropok lekor melalui T Lekor. Satu transformasi dalam budaya.

KETIGA PULUH : Pembinaan dua buah hospital baharu di Dungun dan Kemaman.

KETIGA PULUH SATU : Kuala Terengganu Bandar Warisan Pesisiran Air.

KETIGA PULUH DUA : Baucer RM 500 untuk pelajar yang berjaya ke IPT, untuk dapatkan laptop pada harga diskaun. Satu faedah untuk rakyat.

KETIGA PULUH TIGA : Lapangan terbang Sultan Mahmud sebagai hab kargo serantau.

KETIGA PULUH EMPAT : Program Sijil Umum Pendidikan Menengah Antarabangsa (IGCSE) bagi kemasukan pelajar terus ke peringkat A Level.

KETIGA PULUH LIMA : Pengwujudan Majlis Perundingan Rakyat (MPR). Sebagai Kerajaan yang bersifat inklusif, kita menjadikan kehendak rakyat sebagai pengisian dalam pembangunan negeri.

KETIGA PULUH ENAM : Mewujudkan Pusat Hemodialisis yang akan dibina di setiap kawasan Parlimen.

KETIGA PULUH TUJUH : Berjaya mengeluarkan paling ramai orang miskin dari senarai kemiskinan iaitu 39, 738 orang. Terengganu di tempat pertama. Negeri Terengganu juga berjaya mengurangkan bilangan miskin tegar dari 847 pada tahun 2013 kepada 20 orang pada tahun 2015.

KETIGA PULUH LAPAN : ‘Home Manager’ mengisi keperluan keluarga bekerja.

KETIGA PULUH SEMBILAN : Peningkatan besar bilangan pelajar universiti anak Terengganu yang mendapat Ijazah Kelas Pertama iaitu CGPA 3.75 ke atas, daripada 98 orang pada tahun 2014 meningkat mendadak kepada 313 orang pada tahun 2015.

KEEMPAT PULUH : Kejayaan pesilat dari Terengganu di Kejohanan Silat Sedunia di Phuket pada Januari, 2015. Terengganu telah menghantar 3 orang pesilat dan masing-masing telah merangkul satu pingat emas, satu perak dan satu gangsa.

KEEMPAT PULUH SATU : Atlet berbasikal Terengganu muncul Juara keseluruhan LCC Grand Prix Indonesia 2015 di jawa Barat, Indonesia.

KEEMPAT PULUH DUA : PBT Marang dan Besut mendapat tempat kedua terbaik dalam Anugerah Inovasi Sektor Awam (AISA) bagi Kategori Anugerah Pengurusan Pentadbiran Daerah dan Tanah (AIPDT) untuk seluruh Malaysia.

KEEMPAT PULUH TIGA : Kita telah catat peningkatan mendadak dalam Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3). Pada tahun 2014, 233 orang calon mendapat semua A. Pada tahun 2015, angka itu mengalami lompatan saujana meningkat kepada 699 orang. Peningkatan sebanyak 200%!

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment