Páginas

Wednesday 27 January 2016

7 Keluarga Terlibat Hakisan Ombak Diberi Rumah Baharu

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 27 JANUARY 2016


Kerajaan negeri memberi tiga tawaran kepada mangsa yang terlibat dengan hakisan pantai di Kampung Tanjung Gelam, Kuala Nerus, semalam.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, tawaran tersebut diberikan kepada tujuh keluarga yang rumah mereka hampir musnah akibat fenomena angin kencang dan air pasang dua hari lalu.

“Tujuh keluarga ini diberikan beberapa pilihan iaitu pemberian tanah berserta rumah bernilai RM40,000 di kawasan yang telah dikenalpasti.

“Pilihan kedua pula mangsa diberikan sebuah Rumah Mampu Milik (RMM) sedia ada berserta wang tunai sebanyak RM20,000 ataupun wang tunai sebanyak RM25,000 untuk baik pulih rumah sedia ada,” katanya.

Beliau ditemui pemberita ketika melawat mangsa hakisan ombak di Kampung Tanjung Gelam, Kuala Nerus, semalam.

Turut hadir, Pengarah JPS Terengganu, Ir C Poobalan dan Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato’ Basir Ismail.

Pada majlis tersebut, Ahmad Razif turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga terlibat.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment