Páginas

Thursday 21 January 2016

STAM 2015: Terengganu Atasi Gred Purata Nasional

AUTHOR: SURIATI ALI 21 JANUARY 2016

Shafruddin (empat kiri) bersama beberapa pengawai menunjukan keputusan STAM 2015 selepas sidang media di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.
*****
Keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2015 di Terengganu yang memperoleh Gred Purata Negeri (GPN) 2.42 masih mengatasi Gred Purata Nasional yang menyasarkan 3.08.


Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Husin berkata, pencapaian itu dianggap masih baik walaupun keputusan keseluruhan menurun berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, seramai 118 pelajar telah menduduki peperiksaan STAM 2015, daripada jumlah itu 13 pelajar atau 11.02 peratus berjaya mendapat keputusan mumtaz di mana lapan pelajar daripada sekolah agama kerajaan manakala lima pelajar lagi dari institusi kerajaan negeri.

“Peningkatan keputusan jayyid jiddan (sangat baik) STAM 2015 di mana memperoleh 49.15 peratus berbanding 38.94 peratus (STAM 2014).

“Dua pelajar iaitu Muhammad Iman Taqiuddin Mohd Razif dari SMA Atas Sultan Zainal Abidin dan Nur Izzah Syahira Muhammad (Institut Al-Quran Terengganu) berjaya mendapat keputusan 10 mumtaz,” katanya.

Manakala empat pelajar mendapat 9 mumtaz  1 jayyid jiddan dan tiga calon memperolehi 8 mumtaz 2 jayyid jiddan.

Beliau berkata demikian pada sidang media keputusan peperiksaan STAM di pejabat Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment