Páginas

Wednesday 20 January 2016

PKR berdiam diri berhubung isu program PAN

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 20 January 2016 @ 6:25 AM

Che Abdullah ditemui wartawan mengenai tindakan PKR berkongsi pentas pada program PAN.
*****
Kota Bharu: “Hingga hari ini (semalam) kita tidak menerima sebarang jawapan rasmi daripada mereka dan kita dukacita dengan apa yang berlaku,” kata Setiausaha PAS Kelantan Datuk Che Abdullah Mat Nawi.


Beliau berkata demikian mengulas mengenai surat amaran dikemukakan kepada PKR, Jumaat lalu berhubung tindakan pimpinan parti itu berkongsi pentas dan menghadiri program bersama Parti Amanah Rakyat (PAN) di Kelantan.

Dalam surat itu bertarikh 13 Januari itu, Badan Perhubungan PAS negeri menuntut penjelasan berhubung tindakan berkenaan dan melahirkan rasa dukacita terhadap pembabitan pemimpin PKR dengan program PAN yang bertentangan semangat parti yang mahu hubungan baik kekal.

Surat itu menuntut tindakan begitu tidak diteruskan demi kebaikan mereka bersama.

Che Abdullah berkata, PAS negeri menyifatkan perkongsian itu sangat tidak wajar dan membelakangkan hubungan mereka yang masih belum terkubur, meskipun pakatan pembangkang baru diwujudkan antara PKR-PAN-DAP.

“Berikutan masih belum terima maklum balas (daripada PKR), kita bersetuju membincangkan hal ini di peringkat Pusat.

“Maklumat terkini perkembangan isu disampaikan kepada Jawatankuasa PAS Pusat dari semasa ke semasa dan mahu Pusat membuat keputusan segera,” katanya.

Beliau ditemui pada Majlis Menandatangani Perjanjian Usahasama antara Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) bersama Jalur Saujana Sdn Bhd (Jalur Saujana) dan ICT Incubator Centre Sdn Bhd di Kompleks Kota Darulnaim, di sini, semalam.

Perjanjian usahasama itu bagi projek pembinaan pangsapuri 24 tingkat untuk rakyat beragama Islam di Jalan Telipot, di sini.

Mengulas lanjut, katanya, tindakan PKR bersama PAN yang diketahui mahu menjatuhkan kerajaan negeri sukar diterima mereka sehingga kini.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108607#sthash.boxsn6Ot.dpuf


No comments:

Post a Comment