Namun ujarnya, rakyat tidak perlu berasa bimbang atau cemas kerana pengubahsuaian ini tidak akan menambah beban sebaliknya ia bertujuan membantu rakyat.
“Pengubahsuaian ini sememangnya wajar dalam usaha kerajaan untuk mengoptimumkan perbelanjaan bagi menghadapi keadaan ekonomi yang semakin mencabar. Harga minyak yang kini merudum ke AS$33 setong sudah pasti menyebabkan kerajaan perlu melihat kembali bajet yang dibentangkan tahun lepas bagi mengoptimumkan perbelanjaan.
“Ini adalah bagi mengimbangi perbelanjaan negara memandangkan pendekatan untuk memotong perbelanjaan kerajaan dilihat kurang sesuai kerana akan memberikan kesan lain termasuk boleh membebankan rakyat.
“Jadi saya kira inilah satu tindakan yang wajar diambil bagi mendahulukan rakyat untuk terus membantu golongan berpendapatan rendah dan pertengahan dalam menangani isu keperluan dan kehendak ekonomi mereka pada masa ini,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Anuar, walaupun tindakan pengubahsuaian bajet ini dilihat seolah-olah kerajaan tidak konsisten namun ia mampu memberikan kelegaan kepada rakyat sekiranya pengubahsuaian ini kelak dapat membantu mereka.
Maka rakyat katanya lagi tidak perlu berasa gusar atau berfikiran negatif.
Paling penting tegasnya, jangan mudah terpengaruh sekiranya ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba memanipulasikan isu ini.
“Saya percaya akan wujud pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba menangguk di air yang keroh, mengambil peluang ini untuk memburukkan kerajaan. Malah di media sosial telah ada poster-poster negatif yang diviralkan.
“Saya amat berharap agar rakyat bersikap matang dan cuba memahami keadaan ini. Ketahuilah bahawa pengubahsuaian ini demi kebaikan dan keprihatinan kerajaan kepada rakyat,” katanya lagi.
–MediaUMNO/MJ MediaJerteh
No comments:
Post a Comment