Páginas

Friday 1 January 2016

Bantuan RM500 Kepada Mangsa Banjir Diteruskan

AUTHOR: SURIATI ALI 1 JANUARY 2016

Ahmad Razif mengagihkan sumbangan kepada pelajar Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR dan PT3 serta Bantuan Asrama Penuh yang diadakan di Dewan Penyelaras DUN Seberang Takir, hari ini. Foto Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Terengganu meneruskan tradisi mengagihkan bantuan sebanyak RM500 kepada mangsa banjir di negeri ini seperti yang dilaksanakan sebelum ini.


Sumbangan itu akan disalurkan kepada mangsa yang disenaraikan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebaik habis musim tengkujuh, berkemungkinan awal Mac ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kerajaan negeri sentiasa bersedia untuk memberikan bantuan itu kerana peruntukan untuk bencana berkenaan sememangnya sudah ada.

“Buat masa sekarang, kita sedang buat persiapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan terutama daripada segi persiapan sekiranya banjir berlaku lagi walaupun banjir yang melanda baru-baru ini sudah pulih.IMG-20160101-WA0006

“Bantuan banjir sebanyak RM500 itu hanya dapat sekali sahaja walaupun bencana itu berlaku banyak kali dan sebab itu, kita kena tunggu banjir benar-benar selesai sebelum bantuan diagihkan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang UPSR dan PT3 serta Bantuan Asrama Penuh yang diadakan di Dewan Penyelaras DUN Seberang Takir, hari ini.

Dalam majlis itu, seramai 142 murid cemerlang UPSR dan 14 pelajar cemerlang PT3 dari kawasan DUN Seberang Takir menerima RM500 selain 47 pelajar dari Parlimen Kuala Nerus turut menerima RM500 sebagai persediaan ke asrama penuh.

Mengulas mengenai skim perlindungan insurans banjir, Ahmad Razif berkata, ia akan dilaksanakan oleh kerajaan pusat seperti yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengggunakan modul dari Kemaman yang akan memberi perlindungan kebakaran dan kematian.

“Saya difahamkan kerajaan pusat mempunyai dua pilihan syarikat insurans yang menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan kerajaan.

“Buat masa ini, kita akan tunggu keputusan kerajaan Pusat untuk membuat sebarang penyelarasan. Jika dilaksanakan kelak, duit yang digunakan itu boleh digunakan untuk membeli dan menambah baik fasiliti yang ada sebagai persiapan untuk menghadapi banjir atau bencana lain,” katanya

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment