Páginas

Monday 4 January 2016

Tuntut Kerusi Majlis Tempatan Di Selangor… Soroklah Sedikit Nafsu Kejar Jawatan Itu

Oleh: Azman Abas


KUALA LUMPUR 30 Dis – Permintaan Parti Amanah Negara (PAN) agar mereka diperuntukkan kerusi majlis tempatan di Selangor walaupun negeri terbabit masih tergantung sama ada negeri di bawah pentadbiran Pakatan Harapan atau sebaliknya bukanlah sesuatu perkara yang mengejutkan.


Malah bagi Ketua Pemuda UMNO Selangor, Zainuri Datuk Zainal perkara itu telah dijangkakan akan berlaku sejurus selepas penubuhan parti baru terbabit dan seterusnya membentuk gabungan baru bersama Dap dan PKR.

Menurut beliau lagi permintaan serta tuntutan berkenaan sebenarnya memperlihatkan gabungan pakatan sebenarnya sebuah gabungan yang gilakan kuasa dan kerusi empuk jawatan tertentu di peringkat negeri yang dikuasai mereka.

pakatan caca merba“Lebih-lebih lagi parti Amanah bukan sahaja gelojoh malah nampak lebih rakus untuk mengisi jawatan berkenaan setelah berlaku kemelut di dalam gabungan pembangkang sehingga lahirnya pakatan harapan.

“Apakah mereka mempunyai muslihat untuk menendang wakil Pas daripada kerusi berkenaan setelah tidak mempunyai apa-apa hubungan di dalam gabungan baru itu. Soroklah sedikit nafsu kejar jawatan tu.

“Lagi pun mereka masih baru dan masih belum terbukti di dalam pilihan raya. Wakil rakyat Amanah yang ada baik di peringkat Parlimen mahu pun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) adalah daripada parti sekutunya sendiri yang melompat ke parti tersebut,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.

Sebelum ini dilaporkan Pemuda Amanah Selangor tampil menuntut tempat dalam pembahagian kerusi pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu.

Ketua Pemudanya, Abbas Azmi berkata, memandangkan Amanah sudah membarisi komponen dalam Pakatan Harapan tiba masanya parti baharu ini menyumbangkan khidmat dalam pentadbiran PBT.

Dan hari ini dilaporkan, kerajaan negeri Selangor masih belum memutuskan sama ada akan memperuntukkan Parti Amanah kerusi majlis tempatan walaupun tempoh perkhidmatan ahli majlis itu akan berakhir pada Khamis ini.

Exco Selangor, Ean-Yong Hian Wah berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan negeri telah memutuskan untuk memperuntukkan mana-mana kerusi untuk parti serpihan Pas yang berusia tiga bulan itu.

Zainuri yang juga Ketua Pemuda Klang seterusnya menambah kegagalan pakatan pembangkang mencari jalan penyelesaian kepada soal berkenaan merupakan kelemahan yang cukup ketara kepada pentadbiran mereka.

“Soal kerusi majlis pun caca merba dalam mencari penyelesaian. Semua ini kita yakin tidak akan berlaku jika masing-masing berlapang dada dan menghormati antara satu dengan yang lain. Namun itulah natijahnya jika jalan perjuangan berlainan hala tuju.

“Saya percaya perkara ini akan memberi tekanan kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azmin Ali dalam membuat keputusan. Namun jika Azmin berjiwa besar, soal tuntutan tersebut tidak akan berpanjangan. Kita tengoklah nanti,” katanya.

umno-online

No comments:

Post a Comment