PΓ‘ginas

Thursday 14 January 2016

Atra Dun Jerteh di Perarakan Maulidur Rasul Daerah Besut 2016

Kontigen Atra Dun Jerteh
*****
Kampung Raja, 14 Januari 2016 (Khamis): Se awal jam 6.30 pagi, staff Atra DUN Jerteh sudah berada di padang bola Kampung Raja, Besut bagi bersama-sama menjayakan sambutan Maulidur Rasul 2016 peringkat Daerah Besut.


Kontigen Atra DUN Jerteh di ketuai sendiri oleh Ketua Penyelia Tuan Mohd Razlan. Program didahului dengan perarakan kontigen yang mengambil bahagian bermula dari padang bola Kampung Raja (belakang pejabat Majlis Daerah Besut) dan berakhir di Mini Stadium Kampung Raja sejauh 3 kilometer (KM).

Bersemangat!
*****
Perarakan dibahagikan kepada 3 kategori, iaitu pertama - Jabatan Kerajaan/Agensi/NGO, kedua - sekolah dan pusat pengajian dan ketiga - JKKK.

Sambutan ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nawi bin Mohamad - Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri dan turut dihadiri oleh Dato' Haji Muhamad Pehimi Yusof - Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Negeri, Encik Mohd Iskandar Jaafar - ADUN Jabi, Senator Engku Hajah Naimah Engku Taib, Dato' A. Rahim Jusoh - Pegawai Daerah Besut selaku pengerusi jawatankuasa sambutan dan ketua-ketuan jabatan dalam Daerah Besut.

Berselfie selepas tamat perarakan
*****
Walaupun Atra Dun Jerteh tidak memenangi apa-apa hadiah dalam sambutan ini, kerjasama yang ditunjukan oleh semua staff amatlah membanggakan. Selaras dengan slogan Atra - Mencetus Arus Perubahan (MAP).

MJ MediaJerteh

1 comment:

  1. πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

    ReplyDelete