Páginas

Thursday 7 January 2016

PAS boleh berkira-kira keluar daripada kerajaan Selangor selepas 9 Januari

January 6, 20160 Comment

Pengerusi PAN , Pengerusi PKR Dan Pengerusi DAP
***** 
Pada 9 Januari depan, gabungan pakatan parti pembangkang yang hanya menukar nama dari pakatan rakyat kepada pakatan harapan bakal bergabung dengan rasmi dan bersyarat .


Perbezaan dua jenama pakatan parti pembangkang ini hanyalah dari segi kewujudan PAS.

Di dalam pakatan harapan, PAS tidak akan diterima bersama kerana partim itu yang penuh dengan muslihat.

Presiden PKR Wan Azizah berkata perjanjian akan menumpukan kepada tujuh prasyarat kerjasama gabungan baru pembangkang itu yang mana akan memberi impak yang lebih besar berbanding pakatan sebelum ini.

Perjanjian tersebut melibatkan penyelesaian pertikaian, pembahagian kerusi dan kerjasama di negeri-negeri Pakatan Harapan dan juga kerusi seluruh Dun dan Parlimen.

Beliau mengumumkan sebuah lagi mesyuarat kepimpinan PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (PAN) akan diadakan pada malam 9 Januari ini di Shah Alam.

Wan Azizah berkata mesyuarat ini dijangka melibatkan acara tandatangan perjanjian untuk mengikat ketiga-tiga parti sebagai sebuah gabungan politik yang mapan.

Beliau berkata demikian di ibu pejabat AMANAH di Kuala Lumpur semalam.

Sebelum ini PAS dan PKR dilihat akan berkerjasama dalam politik dan ia diteruskan sehingga PRU 14 nanti.

Gabungan Pakatan kali ini telah membuat PAS bersendirian menuju PRU 14 setelah mesyuarat perkara itu diputuskan dalam mesyuarat khas itu nanti.

PAS boleh berkira-kira untuk keluar dari pentadbiran Selangor dalam masa terdekat ini selepas mesyuarat yang akan dijalankan pada 9 januari ini.

Majlis Syura Ulamak Pas memutuskan untuk tidak akan bergabung dengan Umno keputusan itu kekal dengan keputusan lama iaitu tidak menyertai BN atau bersama Umno dan ianya telah disahkan oleh Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu kenyataan media semalam.

Malang sekali buat parti Pas yang sudah kerap kali dibohongi janji-janji palsu pakatan rakyat yang menjanjikan Pas kedudukan dalam agenda bersama kini hanya mimpi yang tidak menjadi realiti.

Terengganu Times

No comments:

Post a Comment