ABDUL Azeez (dua kanan) dan Ketua UMNO Klang, Datuk Nasaruddin M Zin (kanan) ketika melawat Siti Nuraisyah. FOTO Intan Nur Elliana Zakaria.
*****
Klang: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghulurkan sumbangan peribadi RM10,000 kepada Siti Nuraisyah Sahrin, 13, yang putus kedua-dua kaki akibat digilis lori dalam kemalangan kelmarin.Sumbangan disampaikan Pengerusi Biro Kebajikan UMNO Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), hari ini.
Abdul Azeez berkata, Perdana Menteri prihatin dengan nasib yang menimpa pelajar tingkatan satu itu.
Dalam pada itu Abdul Azeez berkata, biro berkenaan akan menyumbang kaki palsu kepada Siti Nuraisyah selepas kedua-dua kakinya itu terputus dalam kemalangan terbabit.
"Sumbangan kaki palsu ini akan diberikan selepas Siti Nuraisyah sembuh.
"Kita juga akan membantu keluarganya dengan membuka akaun Tabung Haji bagi memudahkan orang ramai yang mahu menyalurkan sumbangan," katanya.
Artikel ini disiarkan pada: Rabu, 20 January 2016 @ 3:11 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/108753#sthash.DW9L8VPY.dpuf
No comments:
Post a Comment