Páginas

Wednesday 6 January 2016

Sekitar Lawatan Kerja Menteri Besar ke Daerah Besut

Oleh: Haji Wan Aziz 
Dato' Seri Ahmad Razif diberi penerangan mengenai masalah RMM Padang Luas, Jertih oleh pegawai PMINT.
*****
5 Januari 2016 (Selasa) - Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman - Menteri Besar Terengganu tiba di Masjid Al-Muqarabbin, Gong Kepas, Besut sekitar jam 1.00 tengahari dalam lawatan kerja di Besut.

Dato' Seri Ahmad Razif menunai solat Zohor berjemaah sebelum ke kediamaan Arwah Engku Haji Taib yang meninggal dunia pada 31 Disember 2015 lepas untuk menyertai masyarakat setempat mengadakan majlis Tahlil dan doa selamat.

Allahyarham ialah bapa kepada Senator Engku Hajah Naimah, Ketua Wanita UMNO Bahagian Besut.

Selepas itu Menteri Besar serta rombongan ke perumahan Rumah Mampu Milik Padang Luas bagi melakukan tinjauan serta mendengar permasalahan mengenai perumahan yang dibina oleh Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT).

Turut serta dalam rombongan ini, Haji Nawi Mohamad - Exco Terengganu (Ketua UMNO Bahagian Besut), Haji Mohd Mahdi Musa - ADUN Kota Putera, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman - ADUN Kuala Besut, Dato' A. Rahim Jusoh - Pegawai Daerah Besut, Senator Engku Hajah Naimah Engku Taib - Ketua Wanita UMNO Besut, Haji Azizul Jasmi Mohamad - Ketua Pemuda UMNO Besut, Ketua-ketua Jabatan dalam Daerah Besut serta pemimpin setempat. Dato' Haji Muhammad Pehimi - ADUN Jerteh/Exco tidak hadir kerana menunaikan Umrah.

MB bertanya sesuatu kepada jemaah sebelum menunai Solat Zohor berjemaah.

MB bersama pemimpin dan masyarakat setempat dalam majlis Tahlil Arwah Engku Haji Taib.


 
Menteri Besar dalam sidang akhbar selepas membuat tinjauan di RMM Padang Luas, Jertih pada sebelah petang dalam lawatan kerja ke Daerah Besut.

MediaJerteh

No comments:

Post a Comment