Páginas

Wednesday 13 January 2016

Program Your Culture My Language, Bantu Pelajar kuasai Bahasa Inggeris

AUTHOR: SURIATI ALI 13 JANUARY 2016

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin ketika melancarkan ‘Your Culture My Language'(YLMC) di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, semalam. Foto Harish Fadzillah Kasim
*****
Kerajaan negeri melalui Yayasan DiRaja Sultan Mizan (YDSM) memperkenalkan program ‘Your Culture My Language'(YLMC) sebagai usaha memperkasakan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar sekolah menengah di negeri ini.


Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM Prof Emeritus Dato’ Dr Abdul Rahman Embong berkata program yang memberi manfaat kepada lebih 9,000 pelajar melibatkan 53 sekolah terpilih itu pada setaip mula diperkenalakan sejak Jun tahun lalu.

Katanya, dalam tempoh lima tahun, pihaknya menyasarkan seramai 45,000 orang melibatkan pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima daripada program dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT).

“YDSM memperuntuk kira-kira RM1.2 juta bagi menghasilkan modul program ini sebagai tambahan kepada buku teks Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

“Buku YLMC yang diagihkan secara percuma itu dihasilkan pensyarah dan pakar bahasa dari UKM,”katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian yang disempurnakan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin, di Hotel Tabung Haji, Kuala Nerus, semalam.

Hadir sama, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman,Speaker DUN Dato’ Mohd Zubir Embong dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.

Abdul Rahman memberitahu, sebagai permulaan, program itu diperkenalkan kepada kira-kira 9,000 pelajar Tingkatan Satu dan tingkatan seterusnya secara berperingkat-peringkat dan mendapat tunjuk ajar 20 guru bertauliah.

Sementara itu, Pengarah JPNT Shafruddin Ali Hussin berharap program itu dapat membantu mempertingkat penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

“Terengganu sememangnya cemerlang dalam setiap peperiksaan, tetapi kita mempunyai masalah penguasaan Bahasa Inggeris selain gagal berkomunikasi dan menulis bahasa ini dengan baik.

“Pendekatan yang diperkenalkan YDSM dengan kerjasama UKM ini, sudah pasti membantu pelajar mengatasi masalah secara bijaksana melalui pendekatan tertentu, termasuk pengunaan bahasa, kecekapan menulis dan penggunaan perkataan ,”katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment