Pengambilan yang mengutamakan 50 peratus pelajar Terengganu itu masing-masing melibatkan 40 pelajar bagi Tingkatan Satu dan selebihnya Tingkatan Dua.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, seramai 41 tenaga pengajar termasuk 11 jurulatih profesional akan berkhidmat di sekolah yang mampu menampung 200 pelajar setahun itu.
Katanya, bilangan pelajar akan bertambah dari masa ke semasa dan dijangka dapat memenuhi kuota pada 2019 membabitkan pelajar Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.
“Sekolah ini memfokuskan lapan sukan utama iaitu olahraga, angkat berat, basikal, judo, lawan pedang, boling padang, sepak takraw dan silat olahraga.
“Konsep pembelajaran sama seperti sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) cuma kelebihannya, fokus kepada sukan,” katanya kepada Teganukita.
Rozi memberitahu, hanya 40 pelajar yang berjaya melepasi beberapa ujian khas akan dipilih ke sekolah yang diselia KPM itu pada setiap tahun.
“Antaranya Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan Unit Sukan Jabatan Pendidikan Negeri.
“Syarat lain perlu lulus Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat yang dijalankan sepanjang Kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM),” katanya.
Permohonan ke Sekolah Sukan Malaysia Terengganu tidak melalui permohonan terbuka sebaliknya ditawarkan KPM.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment