Páginas

Monday, 18 January 2016

Empangan Pangkalan Nangka Siap Hujung 2016

AUTHOR: MOHD SYAZNI ZAINUDIN 18 JANUARY 2016


Penanam padi di Skim Pangkalan Nangka yang berkeluasan lebih 160 hektar serta penduduk setempat bakal mendapat manfaat apabila empangan berusia lebih 30 tahun yang telah pecah akibat dihanyutkan arus deras pada 2013 diberi nafas baru dengan penambahan komponen terkini.


Pembinaan Empangan Rendah Skim Pangkalan Nangka yang telah bermula pada awal tahun lalu kini mencapai 30 peratus dan dijangka siap pada penghujung tahun ini.

ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman berkata, dengan kos RM35 juta, beberapa tambah baik dilakukan bagi kemudahan penduduk setempat serta penanam padi di skim tersebut.

“Di samping adanya pintu air di empangan tersebut, komponen baru yang ditambah adalah sebuah jambatan yang menghubungkan penduduk di Kampung Baru, Kampung Gong Surau, Kampung Paya dan kampung sekitar bagi merentasi Sungai Besut untuk ke Kota Putera.

“Jambatan baharu sepanjang 200 meter dan selebar 8.3 meter adalah sebagai ganti jambatan terdahulu yang hanya boleh dilalui oleh sebuah motorsikal sahaja,” katanya.

Apabila siap kelak, projek hasil daripada janji Pilihan Raya Kecil Kuala Besut 2013 ini akan membantu penduduk sekitar khususnya penanam padi di skim itu meningkatkan taraf ekonomi mereka.

Teganukita/MJ MediaJerteh

No comments:

Post a Comment