Páginas

Tuesday, 19 April 2016

Coret-coret Dr Zakir Naik di UTeM Melaka

Dr Zakir Naik
*****
Sekitar sesi ceramah Dr Zakir Naik di UTeM, Melaka pada 17 April 2016 lepas. Seperti biasa tetamu bukan muslim diberi keutamaan untuk bertanyakan soalan-soalan. Soalan dari mereka memang menguji minda. Apabila tiba giliran orang melayu bertanyakan soalan, seperti biasa, lari dari topik, kaitkan dengan politik. Paling hangat apabila seseorang lelaki melayu bertanyakan soalan mengenai Hudud dan hukum menentang pemerintah. 
Lalu ini kata Dr Zakir; "Saya pelik di Malaysia ini. Bila diberi peluang asyik bertanya pasal hudud, hudud, hudud!", keluh beliau.
Jawapan kepada soalan tersebut ialah ia mesti berbeza mengikut keadaan semasa dan permasalahan yang dihadapi oleh sesebuah negara. Dan sepanjang 20 tahun ini, beliau tidak pernah jumpa mana-mana negara islam di dunia ini yang mengamalkan undang-undang syariah 100%.
Kata beliau lagi dakwah sebenarnya lebih utama berbanding sibuk nak laksanakan hudud. Lebih mudah jika masyarakat diislamkan secara total, maka takda isu nak buat apa-apa pun. Sebab secara normal tiada muslim yang tak suka cara islam dipraktikkan.
Kita sibuk nak buat hudud, sedangkan tuntutan Allah supaya umat Islam bersatu dan jangan berpecah belah tak nak dilakukan.
Kemudian lelaki yang sama tanya pula apa hukum jika kita menentang atau lakukan pemberontakan terhadap pemerintah sebabkan mereka tidak mahu laksanakan hudud. Maka jawapan mudah dari Dr Zakir dengan nada yang SANGAT TEGAS dan KERAS. "HARAM in Islam!!!"
Sebab ianya adalah fitnah. Dan fitnah itu lebih besar dari pembunuhan. Setiap pemerintah akan ada membuat kesilapan, tapi orang Islam diharamkan oleh Allah menentang pemerintah. Kerana ia mengundang kepada fitnah. Tergamam lelaki tersebut.
Kesimpulannya, jangan sibuk nak buat itu ini sedangkan perkara yang lebih utama iaitu BERDAKWAH diabaikan.

Dipetik dari WhatsApp 

No comments:

Post a Comment