Páginas

Monday, 11 April 2016

Lebih 30,000 Orang Hadir Ceramah Dr Zakir

By Suriati Ali -  11 April 2016

Ahmad Razif ketika mengiringi Dr Zakir di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail
*****
Lebih 30,000 orang memenuhi Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus, malam tadi bagi mendengar ceramah pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik.


Ceramah  yang bertajuk `Pentingnya Perpaduan Di Kalangan Umat Islam’ itu berjaya memikat pendengar pelbagai lapisan masyarakat termasuk orang bukan islam.

Kunjungan pendakwah kelahiran Mumbai, India ke Terengganu atas jemputan peribadi Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu pertemuan di Korea sebelum ini.

Ceramah selama satu jam itu dimulakan dengan bacaan ayat suci al-Quran yang disampaikan bekas qariah Rogayah Sulong.

Hadir sama, Menteri Besar Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama isteri To’ Puan Seri Halina Zakaria, Speaker DUN, Dato’ Zubir Embong, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan  Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Osman Muda.

Dr Zakir yang terlibat dalam siri jelajahnya di empat lokasi di Terengganu,  turut berada di Universiti Malaysia Terengganu, Kuala Nerus , pagi ini ;  Masjid Hadhari, Besut pada 12 April dan lokasi terakhir di Dewan Sri Amar, Chukai, Kemaman (13 April).

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment