Páginas

Wednesday, 20 April 2016

Termakan Fitnah Pembangkang, 3,954 Tutup Akaun, 3,105 Batal Pergi Haji

By Fauzi Mohd -  19 April 2016


Gara-gara termakan fitnah pembangkang kononya Tabung Haji (TH) tidak ada duit menyebabkan ramai pendeposit telah mengambil langkah yang salah baru-baru ini.


Menurut Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Dr Asyraf Wajidi, seramai 3,954 pendeposit TH tutup akaun mereka manakala 3,105 orang telah membatalkan pendaftaran mereka untuk pergi Haji.

“Amat kecewakan kita bila TH institusi mercu tamda umat Islam ditohmah dan difitmah atas kepentingan pihak tertentu yang hendak berebut kuasa.

“Apa yang berlaku dalam dua minggu TH difitnah. Bermula bila TH lambat umum dividen berbanding tahun lepas. Tapi tak lambat dari peraturan kerana ia kena umum lepas lalui proses tadbir urus dan perlu isytihar sebelum hujung bulan tiga.

“Kelambatan dua minggu sahaja. Tapi ada yang ambil kesempatan kata TH takde duit itu sebab lambat hantar dividen,” katanya ketika menjawab soalan lisan Senator Dato’ Noriah Mahat pada Sidang Dewan Negara, hari ini.

Tambahnya apabila pendeposit hendak mengeluarkan wang mereka pihak TH ada menasihatkan jika ia dilakukan maka akan menyebabkan giliran haji terjejas.

Namun apa yang berlaku pendeposit yang terpengaruh dengan hasutan ini tetap mengeluarkan wang mereka.

“45 orang yang cuba daftar semula takde masalah tapi kesannya jika daftar balik tempoh menunggu mereka meningkat. Dulu 83 tahun,” katanya lagi.

Beliau kesal perbuatan itu yang cuba menggugat sebuah institusi yang banyak beri faedah kepada rakyat di negara ini.

Katanya seperti yang telah dibentangkan kedudukan kewangan Tabung Haji tetap kukuh.

– Sumber BNBBC.

No comments:

Post a Comment