Páginas

Wednesday 6 April 2016

Terengganu Lunaskan Tunggakan Elaun 600 Atlet Sukma

By Mohd Syazni Zainudin -  3 April 2016


Kerajaan negeri akan melunaskan tunggakan elaun hampir 600 atlet Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu 2016 bermula bulan ini.


Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata elaun tersebut telah tertunggak selama tiga bulan dengan jumlah hampir RM468,000 bermula Januari ini berikutan keadaan kewangan.

Beliau berkata, walaupun ekonomi masih tidak stabil, kerajaan negeri akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan tunggakan tersebut.

“Dengan keadaan ekonomi pada awal tahun ini, kerajaan negeri sepatutnya membayar kepada atlet Sukma sebanyak RM390 seorang namun hanya mampu membayar pendahuluan sebanyak RM130 seorang.

“Namun, kerajaan negeri tidak akan berkompromi tentang isu elaun atlet-atlet ini dan telah bersetuju untuk melunaskannya bermula hari ini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan penutup Kem Sasaran Emas Kontinjen Sukma Terengganu 2016 di Akademi Binaan Malaysia Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, Ibni Amin Busu.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment