Páginas

Monday, 18 April 2016

Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Sultan Mizan Cup 2016 (SMC16)

By Ruslan Abdul Rahman -  17 April 2016

Tahniah kepada yang berjaya. Semoga Terengganu akan terus berada di pentas antarabangsa melalui Kejohanan Kuda Lasak Sultan Mizan Cup.
*****
Tahniah di atas kejayaan bumi Terengganu yang dapat melangsungkan Kejohanan Kuda Lasak Antarabangsa Sultan Mizan Cup 2016 (SMC16) yang telah bermula sejak  dua hari lepas iaitu 15 April di  Terengganu International Endurance Park (TIEP), Lembah Bidong, Kuala Terengganu.


Bagi penulis kehadiran Emeriah Arab Bersatu (UAE), Indonesia, Thailand, India, USA, India, Singapura, Australia, Perancis, Brazil menyertainya, membuktikan Terengganu di bawah pemerintahan Duli Yang Maha Mulia, Sultan Mizan Zainal Abidin semakin terserlah di peringkat antarabangsa.


Ditambah pula melalui Transformasi Terengganu Baharu (TTB) yang diperkenalkan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman menjadikan Terengganu terus padu dan mantap ke arah merealisasikan transformasi pentadbiran, ekonomi dan politik.

Pagi ini Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan berangkat ke penyampaian hadiah kejohanan berkenaan, diiringi oleh Menteri Besar, Dato’Seri Haji Ahmad Razif.

Yakin dan percayalah bahawa negeri Terengganu aman damai dan rakyat akan terus menikmati kesejahteraan di bawah pemerintahan dan pentadbiran yang mantap dan padu.

Bagi penulis jangan dipercayai khabar angin dan dakwaan yang bukan, kerana ia semata-mata adalah permainan pihak yang cuba menggambarkan keadaaan sebaliknya untuk tujuan peribadi dan tuntutan perasaan mereka semata-mata.

Marilah kita mendoakan kehadrat Illahi, semoga Terengganu terus gemilang dan cemerlang.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment