Páginas

Monday 18 April 2016

Projek Hotel Quran: 1,528 Naskah Terjemahan Al-Quran Diagih

By Fauzi Mohd -  18 April 2016


Projek Hotel Quran merupakan satu usaha dakwah kepada bukan Islam untuk mengenali al-Quran dengan lebih menyeluruh dan kini agihan telah dibuat ke hotel ke-10.



Pengerusi Persatuan Darul Fitrah Negeri Terengganu, Norhana Abdullah berkata, program bersama Persatuan Cina Muslim Malaysia (Macma) Negeri Terengganu sehingga kini telah mengagihkan sejumlah 1,528 naskhah terjemahan al-Quran  ke 10 hotel dan resort di seluruh negeri Terengganu.

Menurutnya, projek yang telah bermula sejak tahun 2012 hingga 2016 itu telah mengagihkan al-Quran terjemahan di Primula Beach Hotel sebanyak 250 naskhah, Terrapuri Heritage Village, Setiu (30 naskhah), Tanjong Vista (100 naskhah), YT Midtown (100 naskhah), Hotel Permai (250 naskhah) dan Riyaz Heritage, Pulau Duyung sebanyak, 150 naskhah.

“Seterusnya  Tabung Haji sebanyak 183 naskhah, Prinzpark (200 naskhah), Grand Continental sebanyak (190) dan di Hotel Sumai Apartment dengan 75 naskhah terjemahan al-Quran,” katanya.

Beliau turut mengucapkan terima kasih dengan kerjasama yang diberikan oleh hotel-hotel tersebut dalam misi dakwah dan juga  kerana menyokong Projek Hotel Quran.

Selain menempatkan naskhah al-Quran di bilik-bilik hotel, persatuan tersebut turut menyediakan al-Quran terjemahan berserta rak informasi Islam untuk ditempatkan di lobi hotel dan juga resort sekitar Terengganu.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment