Páginas

Sunday 10 April 2016

Laporan PAC Leraikan Segala Fitnah Penyelewengan Dan Kaitan Tuduhan Rasuah

Oleh : Wan Hafiz Hamzah


KUALA LUMPUR, 8 April – Laporan Ketua Audit Negara serta Jawatakuasa  Kira Wang Negara (PAC) berhubung penyiasatan terhadap syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semalam memperlihatkan bahawa segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak oleh pihak tertentu terbukti ianya tidak benar sama sekali, demikian kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Sri Annuar Musa.


Jelas beliau, seharusnya laporan yang dikemukakan oleh Ketua Audit Negara dan PAC itu membebaskan segala kaitan tuduhan rasuah dan penyelewengan yang  cuba dipalitkan kepada Datuk Seri Najib selama ini oleh pihak tertentu.

“Pastinya kenyataan berhubung hasil siasatan yang diumumkan oleh PAC semalam itu sudah cukup untuk membuktikan segala tuduhan dan tohmahan rasuah dan penyelewengan  yang cuba dikaitkan terhadap PM kita, ternyata dan terbukti tidak benar sama sekali.

“Laporan yang diberikan oleh PAC itu bagi saya amat diyakini memandangkan PAC bukan sahaja dianggotai oleh wakil rakyat daripada BN sahaja, tetapi ia turut dianggotai oleh ahli-ahli parlimen dari pihak pembangkang seperti daripada Dap, PKR dan juga Pas.

“Saya mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Ketua Audit Negara dan anggota PAC kerana telah menyempurkan tugas mereka dengan cara yang cukup profesional, berwibawa dan tidak bias ke mana-mana pihak,” ujarnya dalam satu kenyataan media kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan berkemungkinan berlakunya masalah urus tadbir dan urusniaga  yang berlaku di dalam operasi harian 1MDB, namun ianya tidak sama sekali harus dikaitkan dengan Perdana Menteri yang hanya bertindak sebagai Ahli Lembaga Pengarah.

Sementara itu, beliau juga meminta pihak kerajaan dan agensi berwajib perlu memgambil perhatian terhadap perakuan-perakuan yang dibuat oleh PAC di mana siasatan perlulah dilakukan atas sebarang salah laku ‘without fear or favour’.

“Perakuan-perakuan yang dibuat oleh PAC itu perlu diambil perhatian serius dan siasatan susulan berhubung perkara itu bagi saya mesti dilakukan. Ini untuk memastikan bahawa tidak ada yang terlepas daripada sebarang salah laku berhubung isu ini.

“Saya juga berpandangan bahawa peletakan jawatan Ahli Lembaga Pengarah wajar diterima agar siasatan boleh dibuat tanpa prejudis atau halangan, di sampung kaedah pemantauan yang lebih ketat dalam perkara ini harus dilaksanakan.

“Selain itu, syor di mana Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri tidak perlu terlibat di dalam Lembaga Penasihat syarikat tersebut juga amat wajar diberikan perhatian bagi mengelakkan sebarang manipulasi persepsi yang dilakukan oleh pihak-pihak tertentu,” tegasnya.

-MediaUMNO

No comments:

Post a Comment