Páginas

Sunday 3 April 2016

Pantai Bukit Keluang Dijadikan Zon Mandian Selamat

By Mohd Syazni Zainudin -  3 April 2016


Pantai Bukit Keluang, Besut menerima peruntukan RM1,000 seminggu bagi menghidupkan lagi kawasan tersebut dengan menjalankan aktiviti-aktiviti riadah pada hujung minggu di kawasan itu selama setahun.


Menteri Besar, Dato’ Ahmad Razif Abd Rahman berkata, pantai tersebut dijadikan sebagai perintis kerana kemudahan serta kelengkapan menyelamat telahpun tersedia.

Beliau berkata, konsep Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) diguna pakai dalam menyediakan penyelamat.

“Kita melibatkan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) kerana mereka telahpun mempunyai kemahiran menyelamat.

“Selain itu, kerajaan negeri mungkin boleh wujudkan Skuad Sukarelawan TTB bagi menjaga pantai dari pelbagai aspek termasuk kebersihan,” katanya.

2 (1)

Beliau ditemui pemberita dalam lawatannya di Pantai Bukit Keluang, Besut, semalam.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani; Perusahaan Perladangan dan Komoditi Terengganu, Nawi Mohamad dan Pegawai Daerah Besut, Dato’ A Rahim Jusoh.

Tambahnya, tiga lagi pantai telah dikenal pasti untuk dijadikan tempat mandian selamat selain Pantai Bukit Keluang.

“Tiga pantai tersebut adalah Pantai Tok Jembal, Kuala Nerus, Pantai Batu Buruk (Kuala Terengganu) dan Pantai Rhu 10 (Marang),” katanya.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment