Páginas

Saturday, 23 April 2016

Lawatan TPM Disambut 30,000 Rakyat Dungun


Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di Dungun hari ini bagi menghadiri Himpunan Padu Rakyat Dungun dan menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan UMNO Bahagian Dungun di Sura Jetty dan Perasmian Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC).



Ketibaan Zahid bersama Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dari Lapangan Terbang Kertih, Kemaman pada pukul 10.30 pagi tadi disambut meriah oleh kira-kira 30,000 rakyat Dungun.

Ia merupakan lawatan ketiga Zahid ke Terengganu sejak dilantik Timbalan Perdana Menteri.
Selepas menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Bangunan UMNO Bahagian Dungun, Zahid dijadualkan ke Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun bagi merasmikan RTC pada pukul 2.00 petang.

Lawatan sehari Timbalan Perdana Menteri ke Dungun dijangka akan tamat pada pukul 3.00 petang.

No comments:

Post a Comment