Páginas

Saturday 9 April 2016

El Nino: Paras Takungan Air Di Terengganu Masih Normal

By Mohd Syazni Zainudin -  7 April 2016


Masalah kemarau akibat fenomena El Nino yang melanda di kebanyakan negeri tidak memberi kesan terhadap takungan air di Terengganu.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata sehingga hari ini, paras air di Terengganu masih berada dalam keadaan tidak membimbangkan.

“Simpanan air terutama di Empangan Tasik Kenyir tidak mempunyai masalah dan kita mempunyai banyak sungai di Terengganu.

“Pihak kami sering mendapat laporan dari Jabatan Pengairan dan Saliran bahawa buat masa sekarang paras air di Tasik Kenyir masih di paras normal,” katanya.


Beliau ditemui pemberita Majlis Perasmian Bangunan Umno Cawangan Pekan Kerteh, Kemamam, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Ir. Rosli Othman dan Pegawai Daerah Kemaman, Rosman Roslan.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment