Páginas

Monday, 4 April 2016

Terengganu Lahirkan 50 Ilmuwan Islam Dalam Tempoh 12 Tahun – Razif

By Mohd Syazni Zainudin -  3 April 2016


Seramai 50 pelajar Terengganu dipilih bagi menyertai program pengajian perintis oleh kerajaan negeri, Al-Syahadah Al-Ulya Ulul Albab untuk melahirkan ilmuwan Islam yang berpengetahuan tinggi dan luas dalam ilmu duniawi serta ukhrawi.


Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, melalui program yang julung kalinya dilaksanakan di Malaysia tersebut, pelajar tersebut akan tamat sepenuhnya pengajian mereka selama 12 tahun.

Beliau berkata, para pelajar yang mengikuti program tersebut akan memperolehi Sijil Tinggi Pengajian Agama Islam dan akan melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Sains dan Agama.

“Untuk permulaan, projek perintis ini akan dibuka sebanyak dua kelas dengan bilangan pelajar seramai 25 orang untuk satu kelas.

“Mereka akan belajar dalam bidang sains dan agama serta Kitab Turah ataupun kitab-kitab lama. Program ini mengambil masa dalam 12 tahun sehingga pelajar ini tamat pengajian dalam peringkat doktor falsafah (PhD) seterusnya ditawarkan untuk berkhidmat di Terengganu,” katanya.


Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Perasmian Program Al-Syahadah Al-Ulul Albab di Sekolah Menengah Imtiaz YT Besut, Besut, malam tadi.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong.

Ahmad Razif berkata objektif utama program tersebut adalah bagi melahirkan seramai mungkin ulama khususnya rakyat dari Negeri Terengganu sendiri.

Tambahnya, pelajar juga akan diberi pendedahan supaya dapat dibentuk sahsiah dan tahap keilmuan mereka ke satu peringkat sehingga mencerminkan ketokohan mereka sebagai ulama.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment