Páginas

Tuesday, 12 April 2016

Lebih 10,000 Hadir Ceramah Dr Zakir Di UMT

By Mohd Syazni Zainudin -  11 April 2016


Lebih 10,000 peserta terdiri daripada pelajar, kakitangan dan komuniti setempat termasuk bukan muslim membanjiri Pusat Islam Sultan Mahmud di Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Kuala Nerus dalam majlis ilmu ‘Dr. Zakir Naik Terengganu Tour’ yang berlangsung hari ini.


Ceramah bertajuk ‘Islam Sebagai Penyelesaian Kepada Masalah Kemanusiaan’ yang disampaikan oleh pendakwah antarabangsa tersebut berlangsung selama hampir dua jam.


Kunjungan pendakwah kelahiran Mumbai, India ke Terengganu atas jemputan peribadi Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dalam satu pertemuan di Korea sebelum ini.

Turut hadir, Speaker DUN, Dato’ Zubir Embong, Pegawai Kewangan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, dan Naib Canselor UMT, Prof Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar.

Dr Zakir terlibat dalam siri jelajahnya di empat lokasi di Terengganu,  iaitu di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus yang berlangsung semalam;  Masjid Hadhari, Besut pada 12 April dan lokasi terakhir di Dewan Sri Amar, Chukai, Kemaman (14 April).

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment