Páginas

Monday 18 April 2016

Dia cikgu saya... Ahli Parlimen Kuala Nerus

“Dia cikgu saya, secara nilaian peribadi dia seorang yang baik dan hubungan saya dengan dia bukan baru tetapi masa saya sekolah lagi,” beritahu ahli Parlimen (Pas)  Kuala Nerus, Mohd Khairuddin At Takiri kepada penulis dalam satu pertemuan dua hari lepas.
*****
Beliau menyokong transformasi dan pembaharuan yang dibawa oleh Menteri Besar Terengganu itu untuk kebaikan rakyat…äpa yang baik kita perlu sokong, apatah lagi saya dah lama kenali beliau sebagai guru saya”.


Penulis: Bila Cikgu Ahmad Razif mengajar YB?

YB Khairuddin: Masa saya ambil SRP tahun 1988 dulu. Cikgu Razif ajar saya kelas tusyen di depan rumahnya. Saya selalu juga pergi mengetuk pintu rumahnya menjemput Cikgu Razif untuk mengajar saya dan akhirnya saya lulus dengan baikl.

Khairuddin  juga melahirkan rasa bangga kerana akhirnya mereka berdua bertemu dalam arena politik dan beliau begitu gembira sikap terbuka Cikgu Razif, walaupun dia dari wakil pembangkang tetapi Cikgu Ahmad Razif jemput juga beliau ke majlis itu (taklimat mengatasi hakisan pantai di Mengabang Telipot.

“Saya akan mempastikan diri saya hadir kalau Cikgu Razif jemput dan akan mengosongkan jadual untuk kegiatan lain demi untuk menunaikan setiap jemputan cikgu saya yang kini menjadi Menteri Besar Terengganu,”kata YB Khairuddin.

"Apa yang baik üntuk rakyat saya sokong dan akan membantu Cikgu Razif sebab kami telah lama saling mengenali antara satu sama lain dan akan memanfaatkan hubungan baik itu,” katanya lagi.

Bahkan, Khairuddin memberitahu penulis, Cikgu Ahmad Razif bukan sahaja sekampung dengan saya, tetapi “saya mempunyai pertalian keluarga di sebelah “tokki” saya dengan Ustaz Haji Man, ayah Cikgu Razif”.

Beliau amat setuju dengan pendekatan dan transformasi yang dibawa oleh Cikgu Razif, termasuk mengajak sama mereka di barisan pembangkang untuk membantu demi kepentingan rakyat dan ummah.

“Äpa yang saya nyatakan ini adalah secara peribadi saya tentang cikgu saya, harap tulis molek molek deh,” kata YB Ahli Parlimen Kuala Nerus (Pas) mengakhiri perbualan.

No comments:

Post a Comment