Ahmad Razif menandatangani papan putih sebagai gimik Perasmian MRSM Imtiaz YT Ketengah di Bandar Muktafi Billah Shah, Dungun, hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim
*****
Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Imtiaz YT Ketengah yang dibangunkan hasil kerjasama kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) adalah yang pertama di negara ini dan bakal menjadi perintis kepada negeri lain untuk menubuhkan pusat pendidikan seumpama itu.Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, Terengganu menjadi negeri pertama yang bekerjasama dengan MARA menubuhkan MRSM dan langkah itu perlu dicontohi negeri lain.
Sebelum ini, terdapat MRSM yang diwujudkan hasil kerjasama MARA dengan Kementerian Pertahanan (MRSM Terendak, Melaka); Polis Diraja Malaysia (MRSM PDRM Kulim, Kedah) dan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (MRSM FELDA Trolak, Perak).
“Kerajaan negeri hanya menyediakan lokasi dan bangunan, MARA pula menyalurkan tenaga pengajar dan beberapa kemudahan lain.
“Setiap negeri mempunyai anak syarikat masing-masing, jika bekerjasama pastinya lebih banyak MRSM dapat ditubuhkan,“ katanya
Berdasarkan rekod, permintaan kemasukan ke MRSM sangat terdesak pada setiap tahun, di mana pada tahun ini, permohonan ke Tingkatan Satu melebihi 52,000 sedangkan keperluan hanya 7,600 pelajar manakala lebih 21,000 permohonan ke Tingkatan Empat, hanya 2,400 pelajar diperlukan.
Majlis itu dirasmikan Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman. Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-tugas Khas Negeri, Ghazali Taib dan Pengarah Yayasan Terengganu, Mohamad Sulong.
Melalui MRSM yang memulakan operasi pada 7 Mac lalu itu turut memberi fokus kepada Sains Keusahawanan , selain memberi pendedahan pelbagai kemahiran dan pengalaman penyelidikan sekaligus dapat mengembangkan bakat serta potensi pelajar.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment