Páginas

Monday 4 April 2016

UMNO Bahagian Besut Hargai Sumbangan Pemuda dan Puteri

Oleh: Haji Wan Aziz

Haji Nawi bersama Dato' Pehimi serta Ketua Pemuda, Haji Azizul Jasmi dan Ketua Puteri, Saudari Erniesalwanie bergambar selepas penyampai cek sebagai tanda penghargaan. 
*****
3 April 2016 (Ahad) - UMNO Bahagian Besut menghargai sumbangan yang dilakukan oleh sayapnya iaitu Pergerakan Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Besut di atas usaha menambah keahlian UMNO dan mendaftar pengundi baru di kalangan generasi muda.


Ketua UMNO Bahagian Besut, YB. Haji Nawi Mohamad menzahirkan rasa bangga beliau semasa berucap merasmikan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan-Cawangan termasuk sayap dalam Bahagian Besut, Terengganu.

Sebagai menghargai usaha dan kerja keras ini, UMNO Bahagian Besut telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM5,000.00 kepada kedua-dua sayap ini.

Sebelum ini Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Besut telah menerima penghargaan semasa Perhimpunan Agung UMNO tahun 2015 lepas.

Haji Nawi juga mengucapkan tahniah kepada Ketua Puteri UMNO Bahagiann Besut kerana dilantik sebagai Ketua Puteri UMNO Negeri yang baharu.

Hadir sama di majlis ini ialah Dato' Haji Muhammad Pehimi selaku Setiausaha UMNO Bahagian, Tengku Zaihan (Ketua Penerangan) Senator Hajah Engku Naimah (Ketua Wanita), Haji Azizul Jasmi (Ketua Pemuda) dan Saudari Erniesalwani (Ketua Puteri).

Turut diraikan pada malam ini ialah bekas-bekas ahli jawatankuasa UMNO Bahagian termasuk jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri yang uzur.

MJ MediaJerteh

No comments:

Post a Comment