Páginas

Sunday, 3 April 2016

Isteri Wakil Rakyat Bukan Sekadar Pengiring Suami

By Mohd Syazni Zainudin -  3 April 2016

Ahli Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi) diingatkan agar lebih perihatin dengan masalah masyarakat sekeliling.
*****
Yang Di Pertua Serikandi, To’ Puan Seri Halina Zakaria berkata ahli hendaklah mendekati masyarakat dengan mengadakan aktiviti-aktiviti kebajikan untuk meringankan beban dan mendengar permasalahan mereka.


Katanya, peranan ahli serikandi bukan sekadar sebagai isteri wakil rakyat, tetapi juga adalah pemangkin kepada usaha wakil rakyat dalam memacu kemakmuran dan kesejahteraan tanah air.

“Isteri wakil-wakil rakyat perlulah memainkan peranan yang lebih proaktif di kawasan masing-masing dan tidak hanya berperanan mengiringi suami ke majlis semata-mata.

“Sebagai isteri wakil rakyat, pupuklah hubungan yang baik dengan masyarakat seperti memperhebat program-program kebajikan dan menyemarak gelombang biru bersama masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Serikandi Kali ke 29 di Demong Beach Resort, Besut, semalam.

Majlis yang dirasmikan oleh Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman turut dihadiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Dato’ Mohd Jidin Shafee, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani; Perusahaan Perladangan dan Komoditi Terengganu, Nawi Mohamad dan Pegawai Daerah Besut, Dato’ A Rahim Jusoh.

Halina berkata, ahli juga perlu peka dengan persekitaran sekeliling serta proaktif dalam sebarang tindakan.

Katanya, selain itu, ahli haruslah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan terkini mengenai dasar-dasar serta program -program yang diperkenalkan kerajaan untuk rakyat.

Teganukita/MediaJerteh

No comments:

Post a Comment