Páginas

Sunday 3 April 2016

“Saya Akan Meneruskan Perancangan Mantan KPU3NT” – Erniesalwani

Erniesalwanie Saidi
*****
Kuala Nerus : Himpunan Deklarasi UMNO Terengganu hari ini telah dihadiri kira-kira 5000 orang kepimpinan parti termasuk ketua-ketua bahagian, ketua-ketua sayap dan ketua-ketua cawangan serta jentera kanan akar umbi seluruh Terengganu berada di Dewan Arena Stadium Tertutup disini.


Perhimpunan ini diadakan bagi melancarkan gerak kerja parti dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada Presiden parti Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Terengganu Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Selain itu dalam ucapan perasmian Ahmad Razif memperkenalkan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Terengganu (KPU3NT) yang baru dilantik oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Dato’   Mas Ermieyati Samsudin berkuatkuasa pada 29 Mac lalu Erniesalwani Saidi, 30 dari Besut.

Menurut Erni Salwani, beliau menerima perlantikan ini dengan rendah diri dan berjanji akan melakukan yang terbaik untuk menarik orang muda terutama beliawanis menyokong UMNO dan Barisan Nasional.

“Apa yang penting sekarang ini kita mesti bekerja kearah pilihan raya umum (PRU) ke 14.

“Setiap perancangan yang telah dilakukan oleh mantan KPU3NT yang lepas Rozita Ismail akan diteruskan dengan pertambahan beberapa lagi gerak kerja parti.

“Yang paling utama dalam gerak kerja parti mendaftar ahli dan juga pengundi akan menjadi teras kepada pergerakan PU3 UMNO sekarang ini,” katanya.
Sehubungan dengan itu Erni Salwani juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Besut telah berjaya menerima anugerah pencapaian ahli teramai mendaftar sepanjang tahun 2015 yang diumumkan semasa Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang lalu.

“Pertambahan daftar pemilih adalah amat penting untuk PRU kerana ia akan menentukan kemenangan parti.

“PRU kita sedia maklum adalah semua parti yang bertanding memerlukan angka untuk menang PRU walaupun satu undi,” ujurnya.

Terengganu Times

No comments:

Post a Comment