Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat berkata, untuk merialisasikan hasrat tersebut, kontinjen Terengganu haruslah membawa pulang sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam temasya tersebut.
Beliau berkata, walaupun pihak Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu hanya mensasarkan 52 pingat emas, beliau yakin kontinjen negeri mampu melaksanakannya dengan komitmen dan latihan yang telah diaturkan.
“Kita juga telah melaksanakan kem sasaran emas dimana menerusi kem selama tiga hari itu untuk menggilap bakat para atlet bagi mencapai sasaran yang diletakkan itu.
“Jika sebelum ini mereka memperoleh pingat perak atau gangsa namun dengan adanya kem seperti ini dapat membantu mereka memperoleh pingat yang lebih baik,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan penutup Kem Sasaran Emas Kontinjen Sukma Terengganu 2016 di Akademi Binaan Malaysia Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.
Turut hadir, Pengarah Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu, Ibni Amin Busu.
Kem yang berlangsung selama tiga hari itu melibatkan 197 atlet yang berpotensi menyumbangkan pingat emas kepada kontinjen dalam Sukma 2016.
Tambah Rozi, kelemahan pada Sukma di Perlis akan diperbaiki bagi merebut kembali takhta juara temasya tersebut.
“Menerusi keputusan itu kita membuat kajian bagi bagi memperbaiki kelemahan itu dengan melakukan perubahan untuk menambah kutipan pingat.
“Jadi pada Sukma kali ini kita telah membuat persiapan yang rapi bagi mengubah kedudukan dan melepasi sasaran 52 pingat emas itu,”katanya.
Teganukita/MediaJerteh
No comments:
Post a Comment