Páginas

Sunday 10 April 2016

Ustazah Hajah Wan Ramlah Ahmad Dalam Kenangan...



Hajah Wan Ramlah Ahmad (gambar), 70 - Bekas Ahli Dewan Negara (Senator) telah meninggal dunia, kira-kira jam 10.00 pagi pada hari yang mulia, Jumaat - 8 April 2016 bersamaan 30 Jamadil Akhir 1437 Hijrah di Institut Jatung Negera (IJN), Kuala Lumpur setelah mendapat rawatan di IJN beberapa hari.

Kehilangannya adalah ketentuan Alah SWT, namun satu kehilangan yang wajar menjadi inspirasi khasnya kepada wanita Negeri Terengganu kerana contoh kepimpinan dan semangat juang yang tinggi sebagaimana telah ditunjukkan oleh beliau semasa hayatnya.

Wan Ramlah Wan Ahmad, bekas Ketua Wanita UMNO Terengganu, pernah dilantik sebagai Senator antara tahun 2004 hingga 2010.

Beliau ialah isteri kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kampung Raja, Allahyarham Abdullah Muhammad, adalah bekas Ketua Wanita UMNO Besut paling lama berkhidmat iaitu dari 1984 hingga 2009. 

Al Fatihah buat Allahyarhamah Hajah Wan Ramlah Ahmad. Jasamu dikenang selalu. Damailah di sana.

MediaJerteh

No comments:

Post a Comment